Friday 24 April 2015

Allah membenci manusia yang angkuh di muka bumi



Terlebih dahulu saya memohon keampunan pada semua pembaca kerana menyiarkan blog ini. Tidak terniat di hati saya dan jemaah saya untuk menjatuhkan maruah sesiapa melainkan untuk memperbaiki  kebatilan diatas muka bumi. Apabila perbuatan laknat dan terkutuk ini dilakukan oleh seorang Ustaz yang tidak boleh ditegur kerana ilmunya terlalu tinggi  ( berbanding orang2 kampong yang jahil)




maka kami mengambil keputusan menyiarkan halaman ini. Semuga gelaran 'Syeikhul Ustaz' yang diamanahkan oleh Allah kepada beliau sebagai pembimbing umat tidak membuat beliau terus hanyut di buai mimpi kehebatan. Kerana  kesesatan beliau akan menyesatkan jemaah dan kariahnya....



Mari sama-sama kita baca dan hayati ayat ini :




dengan maksudnya :  “...Dan  janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” 
( Surah Lukman: Ayat 18 ).


Petikan ayat Al-Quran tersebut menceritakan kisah Lukman menasihati anaknya sebagai pedoman untuk umat  manusia agar berakhlak mulia dalam kehidupan termasuklah ketika berbicara dengan orang lain. Setelah memahami ayat ini mari kita meneliti kisah benar yang berlaku di sebuah kampong dalam negeri di selatan semenanjung....
Nota : Mohon para pembaca tidak terus percaya dengan apa yang saya tulis. Sila buat kajian dengan menemui penduduk setempat untuk kesahihan kisah ini.



Mudahnya  orang Islam hari ini. hanya dengan memberi nama baik pada anak-anak, tidak payah sekolah agama, sembahyang, mengaji, secara automatik boleh masyuuukkkk syurga Allah.



Wah hebat sungguh taraf ustaz... bukan sahaja boleh menentukan siapa-siapa masuk syurga malahan anak perempuan beliau automatik juga boleh masuk dalam syurga tanpa hisab kerana anak beliau Hafizah!! Siapa-siapa yang nak dapat tiket free masuk syurga sediakanlah duit meminang anak Ustaz As-Syeikh Sadini ya!.


Apakah hanya ustaz seorang punya harga diri? Bagaimana kalau satu hari ustaz kena halau macam tu? muda-mudahan semua tu terjadi untuk menjadi pengajaran bahawa ustaz juga seorang manusia biasa. Tidak lebih tidak kurang dari orang yang ustaz halau....


Saya jadi pelik bin hairan kenapa  ustaz menggalakkan orang kampong pergi ke restoran peniaga berbangsa cina untuk mengejar hawa dingin dan bercermin? Bukan saya bersifat perkauman atau prajudis... tetapi waktu belajar dengan cikgu agama di darjah enam dan darjah khas dulu ustaz beritahu berniaga dan membeli  di kedai orang Islam itu fardu kifayah. 




Hanya ada dua buah kedai makan bercermin, tutup rapat dan berhawa dingin di Pekan Rengit yang berhampiran dengan Kg Ustaz Sadini iaitu Restoran Ayam Papa dan Restoran KFC Rengit milik Eng Hiap Seng. 

Makan di kedai sebegini adahah harus berbanding dengan makan di warong yang merupakan tempat maksiat - Ustaz Sadini Sujak.




Kenapa  Ustaz Sadini suruh kita pergi untuk membeli belah dan makan di kedai bangsa asing?!! Jadi selama ini usaha kerajaan menggalakkan orang melayu menceburi bidang perniagaan pastinya salah di sisi hukum syara'?
Kerajaan perlu menambah modal pinjaman untuk membolehkan orang melayu membuka perniagaan makanan berhawa dingin dan bercermin gelap kerana berniaga warong hukumnya maksiat. Setelah saya mendengar ceramah barulah saya tahu  bahawa makan di kedai kecil dan warong satu maksiat... Dahulunya saya sangka ke pusat snooker atau kasino sahaja haram, kerana lokasi tersebut merupakan premis judi. 
Kesian atuk-atuk saya di kampong!! Haram hukumnya minum kat warong tuk...